Saturday, May 4, 2013

27/4/2013 Apa dah jadi?..

Hai Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
Macam formal sangat pulakkan.. :)  Entry kali ni Lily nak cita apa yang terjadi pada tarikh kat atas tu...

  Malam 26/4/2013 bersamaan hari Jumaat, my sis ajak main bowling dengan geng-geng tempat keje dia, katanya tak cukup orang.. Gila malu kot da la ramai aku tak kenal, apa-apa pun aku setuju and tempat bowlingnya di OLE-OLE sek 18 Shah ALam..

  27/4 aku,kakak,kak Tasha, kak Zsa Zsa naik satu kereta pegi ke destinasi yang dirancangkan tu.. Kita orang start main around 6pm-9 lebih, lambat jugak lah nak habiskan 3 game dalam 4 kumpulan. See 4 kumpulan beb ramai kot 16 orang yang join, lepas tu kte pas kan hadiah kepada orang yang menang dan yang kalah. Kira adil la kan menang kalah dapat ganjarannya .. Apa-apa pun aku have fun main bowling  dengan dorang, dorang sangat2 lah sporting orangnya..

  Ok,actually cerita kat atas tu tak la penting sangat dengan entry ni.. Patotlah bila dah malam tu JANTUNG aku asyik berdebar-debar je, sebelum ni tak pernah pulak jadi macam ni. Pada mulanya tak rancang pun nak makan dekat TNA (Tat Nasi Ayam) dekat sek 23.. Masa syok-syok makan tu aku rasa lain macam, sebab aku rasa jantung aku ni berdegup kencang sangat lebih kurang macam tak sedap hatilah.. Dok seronok menikmati Char kuey tiow yang tak berapa nak sedap tu tiba-tiba aku ternampak 4 orang pakai baju bola.. Haa!!! Nak tau sape? Sumpah aku tak nampak dia lalu, lepas tu aku nampak mama dia tapi still tak perasan jugak. Bila je kakak dia lalu terus je aku rasa jantung aku ni macam nak terkeluar dekat situ jugak, mula2 masa kakak dia lalu boleh pulak aku cakap dalam hati macam ni ''Macam pernah nampaklah muka akak tu?'' Terus aku ingat owh ye dia rupanya kakak kepada N.A.. Terkejut kucing aku kat situ..


Masa tu hanya Allah je yang tahu betapa terkejutnya dan gementarnya aku nampak dia, sekali 1 family daaa aku nampak.. Dari dia datang sampaila  nak balek aku rasa macam nak je jumpa dia then cakap "Sebenarnya saya rindukan awak".. Erghhhhhh jangan nak cari pasal wahai Lily Oiii..

  Tapi aku still buat muka cool je (padahal masa tu tangan aku dah mengeletar habis, siap pucat-pucat lagi tangan aku.) Tak pernah aku dalam situasi macam tu. Bila aku nak pergi bayar, aku try gagahkan diri tuk lalu belakang dia sebab jalan  tu je yang de. Dia & family dia duk dekat dengan tempat cashier, memang tak bole nak buat ape lah.. Lalu je aku rasa macam nak rebah, tapi aku kuat kan semangat dan gagahkan diri dan aku anggap macam tak de orang dekat situ. Aku pun tak pasti dia perasan atau tidak dengan kewujudan aku..

  Awak tahu tak, saya tak sangka dan tak jangka pun akan jumpa awak untuk kali ke-2.. Awak nak tahu tak yang saya rindu sangat-sangat dekat awak :'( . Disebabkan awaklah saya tak nak pandang lelaki lain,saya tak percaya lelaki lain. Awak nak tahu tak sebelum awak sampai dekat situ ade 4 orang laki yang duk sebelah meja kite orang dok kacau kita orang and awak tahu tak saya buat ape kat dorang, saya jeling dorang sebab malas nak layan.. Ramai kawan2 saya cakap janganlah keras hati tolonglah lupakan dia, tapi awak tahu tak saya tak boleh lupakan awak dan saya susah nak buka hati ni tuk terima orang lain.. Gila apa, dorang ingat senang. Tapi saya terima teguran dorang.. Nak tahu sebab apa? Sebab saya sayangkan awak, saya tak boleh nak lupakan awak.. Dan

    WILL CONTINUE~

No comments:

Post a Comment